Sunday, January 3, 2010

SUP TULANG CINTA BALKIS

(Untuk hidangan 3-4 orang)
Bahan-Bahan:
2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia

Kesemua bahan tadi hendaklah ditumbuk

Rempah Sup
Tulang Lembu bahagian rusuk
Direbus terlebih dahulu. Selain untuk melembutkan daging, ia juga dapat mengurangkan minyak dan lemak yang keluar ketika direbus.
Cara-Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi
Setelah naik bau, masukkan rempah sup yang telah dibancuh dengan air
Setelah rempah masak, masukkan tulang rusuk lembu yang telah direbus tadi
Akhir sekali, masukkan air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa.
Sedia untuk dihidang.
*Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng*

2 comments:

  1. Rempah jenama apa yang sedap ya Sis?

    ReplyDelete
  2. Adabi pun ok, akak selalu guna rempah sup adabi je.

    ReplyDelete