Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

CRUNCHY BILIS

(Untuk hidangan 2 orang)


BAHAN-BAHANNYA:
 2-3 genggam ikan bilis


 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 4 tangkai cili padi
(potong seperti di atas. Juga sedap jika ditambah dengan kentang yg dipotong kecil)



CARA-CARANYA:
 Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.



 Goreng bawang besar, bawang putih dan cili padi



 Setelah bawang layu, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. kacau rata dan terus angkat



Sedia untuk dihidang

Tuesday, October 5, 2010

SAMBAL IKAN BILIS

(Untuk hidangan 3-4 orang)


BAHAN-BAHANNYA:
 15-20 tangkai cili kering
(ikut citarasa, nak letak banyak. Nak kurang pedas, letak sikit)


 2 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih


*Kisar kesemua bahan di atas*


 Ikan bilis secukupnya



CARA-CARANYA:
 Goreng ikan bilis hinga garing




 Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar di atas api sederhana


 Biarkan sehingga sambal betul-betul masak iaitu bertukar warna lebih pekat. Masukkan garam, sedikit gula dan perisa tambahan, kemudian masukkan ikan bilis goreng. Kacau seketika dan angkat.



 Sedia untuk dihidang
 

Tuesday, April 6, 2010

GULAI MASAM IKAN KEMBUNG

(Untuk hidangan 2-3 orang)
Bahan-Bahannya:
7-8 tangkai cili padi
(Jumlah bergantung kepada pedas mana yg anda inginkan)

1-2 batang serai, seulas bawang merah dan seulas bawang putih

1/2 inci belacan

Sedikit daun kesum

5 Keping Asam Keping

(Jumlah bergantung kepada kadar kemasaman yg anda suka)

2 ekor ikan kembung saiz besar
(Pilih ikan kembung yang badannya tipis, sedikit bersisik dan berbelang kuning sebab ikan kembung jenis ini lebih lemak dan isinya lembut)
Cara-Caranya:
Tumbuk cili padi bersama belacan dan serbuk kunyit. Setelah hancur, tumbuk bawang merah dan bawang putih. Akhir sekali titikkan serai.

Masukkan bahan tumbuk, air, asam keping dan daun kesum ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana

Biarkan sehingga mendidih.
Setelah mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan. Setelah masak, perasakan kemudian angkat.
Sedia untuk dihidang.

Tuesday, February 2, 2010

IKAN NYOK NYOK GORENG SAMBAL

(Untuk hidangan 2-3 orang)
Bahan-Bahannya:
2-3 ulas bawang merah yang agak besar, 2 ulas bawang putih
(Bawang merah lebih sikit pun tak apa, lagi sedap)
15-20 tangkai cili kering (kisar halus bersama bawang merah dan bawang putih)
3-4 ketul ikan Nyok Nyok yang digaul garam dan kunyit (Ikan jenis lain pun boleh)
Ikan digoreng garing
Panaskan minyak dan masukkan cili yang dikisar bersama bawang
(lebihkan minyak supaya sambal masak dengan elok)
Apabila minyak timbul dan warna sambal jadi merah pekat, menandakan sambal sudah masak. Minyak yang berlebihan bolehlah dibuang.
Akhir sekali masukkan garam dan juga ikan yang telah digoreng tadi. Kacau rata, biar 1-2 minit kemudian angkat.
Sedia untuk dihidang

Thursday, January 14, 2010

SAMBAL SARDIN CILI PADI

(Untuk hidangan 2 orang)
Bahan-Bahannya:10 tangkai cili padi, 3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih

Kesemua bahan tersebut ditumbuk, jangan dikisar nanti rasanya kureng.

1 tin sardin mackerel saiz sederhana

Cara-Caranya:

Tumis kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau

Setelah naik bau, masukkan sedikit air asam jawa
Akhir sekali masukkan sardin dan perasakan

Sedia untuk dihidang.

Monday, January 4, 2010

ASAM PEDAS IKAN SARDIN

(Untuk hidangan 2 orang)
Bahan-Bahan:
10 tangkai Cili kering (rebus atau rendam)

2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih

*Kesemua bahan di atas perlu dikisar halus*

2 ekor ikan sardin (saiz besar)

1 batang serai (dititik)
Air asam jawa

Daun kesum

1 biji tomato (dipotong empat) dan 3 biji kacang bendi

Cara-Caranya:Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumisan beserta serai yang telah dititik.

Setelah cili betul-betul masak (naik minyak) masukkan daun kesum

*Kebiasaannya, orang akan masukkan daun kesum akhir sekali. Tapi saya lebih suka masukkan waktu menumis kerana aromanya akan naik dan sebati dengan kuah*

Kemudian masukkan air asam jawa dan juga air.

*Air jangan banyak sangat, kerana kuah mestilah pekat baru sedap.*

Setelah kuah mendidih, masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak.
Akhir sekali, masukkan tomato dan kacang bendi.
Sedia untuk dihidang.