Monday, January 4, 2010

ASAM PEDAS IKAN SARDIN

(Untuk hidangan 2 orang)
Bahan-Bahan:
10 tangkai Cili kering (rebus atau rendam)

2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih

*Kesemua bahan di atas perlu dikisar halus*

2 ekor ikan sardin (saiz besar)

1 batang serai (dititik)
Air asam jawa

Daun kesum

1 biji tomato (dipotong empat) dan 3 biji kacang bendi

Cara-Caranya:Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumisan beserta serai yang telah dititik.

Setelah cili betul-betul masak (naik minyak) masukkan daun kesum

*Kebiasaannya, orang akan masukkan daun kesum akhir sekali. Tapi saya lebih suka masukkan waktu menumis kerana aromanya akan naik dan sebati dengan kuah*

Kemudian masukkan air asam jawa dan juga air.

*Air jangan banyak sangat, kerana kuah mestilah pekat baru sedap.*

Setelah kuah mendidih, masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak.
Akhir sekali, masukkan tomato dan kacang bendi.
Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment