Saturday, April 20, 2013

2013 - Dapur Azura Basir akan kembali aktif!!!!

Salam semua... Sedar tak sedar, sudah 3 tahun blog masakan saya ni tidak aktif dan selama itu jugalah saya tidak menjenguk ke sini disebabkan kesibukan bertukar kerjaya dan kini sibuk pula dgn dunia perniagaan yg saya mulakan Ogos tahun lalu. Namun demikian, itu tidak bermakna kecintaan saya terhadap dunia masakan telah dipinggirkan. Sejujurnya...malu nak mengaku sebenarnya, blog ni dh lama x aktif bukan semata-mata kerana kesibukan menguruskan itu ini, tp ia juga disebabkan saya terlupa password blog ni. Ya ampunnnnn... Entah macam mana, terlanggar pintu bilik air gamaknya, tiba-tiba teringat blk password blog yg kucenta ini. Aduhhhhh...kangen bangat!!!! Terkejut yang teramat sangat bila mengetahui blog ni sudah dikunjungi sebanyak hampir 20,000 pengunjung!!! Takde la ramai sgt kalau nak dibandingkan dgn blog-blog cerita kedai kopi mahupun gossip retis. Tapi ok la kan, utk saya yg seadanya ni. Hahaha! Ok, disebabkan blog ni dah boleh dibuka, insyaAllah saya akan buat come back dengan resepi2 baru utk anda semua. Feeling2 artis veteran pulak nih...nak buat come back bagai... So tungguuuuuu...by the way, jutaan terima kasih atas sokongan kalian dan teruskan memasak kerana semua orang boleh memasak!

Tuesday, October 19, 2010

TAUCU PUCUK PAKU

(Untuk hidangan 3-4 orang)


BAHAN-BAHANNYA:
 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih



1 biji cili merah 


 Segenggam ikan bilis


 1 sudu taucu


 1 ikat pucuk paku



CARA-CARANYA:
 Tumbuk bawang dan bilis, tumiskan bersama cili merah yang dipotong serong



 Seterusnya masukkan taucu, gaul rata dan biar sehingga sedikit garing


 Seterusnya masukkan pucuk paku


Sedia untuk dihidang

Thursday, October 14, 2010

ROTI COMEL

(Untuk 15 ketul roti)


BAHAN-BAHANNYA:
 500 gram tepung Superfine


1 sudu teh serbuk penaik



1 sudu teh bread improver 


 3/4 cawan gula kastor


 1 bungkus yis kering



2 sudu marjerin


 2 sudu shortening


 2 sudu susu pekat manis


 1 biji telur


 Sedikit air ais




CARA-CARANYA:
 Satukan kesemua bahan dan ramas perlahan



 Adunan tadi akan menjadi seperti di atas. Seterusnya masukkan air ais sedikit demi sehingga boleh diuli.




Uli adunan hingga menjadi doh kemudian biarkan selama 1 jam. Biarkan doh menjadi kembang 2 kali ganda.



 BAHAN-BAHAN UNTUK INTI ROTI:
10 tangkai cili kering 



1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih
(dipotong dadu)



1 tin kecil sardin



2 biji ubi kentang 
(dipotong dadu) 



Sedikit sayur campur dingin beku 


Sedikit sosej



CARA-CARANYA: 
Hancurkan sardin



Kisar halus cili kering



Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau 



Seterusnya masukkan cili kisar dan masak hingga timbul minyak, kemudia masukkan sardin




Seterusnya masukkan kentang serta ditambah sedikit air untuk bagi kentang empuk 



Sejukkan inti


Untuk roti sardin:
Canaikan doh dan masukkan inti sardin seperti membuat pau.

Untuk inti sosej:
Canaikan doh dengan saiz segi empat memanjang. Letakkan sosej di tengah-tengah dan gulung.

Untuk mini pizza:
Canaikan doh secara membulat, sapukan sos cili dan mayonis di atas doh yang telah dicanai. Taburkan sosej yang dipotong bulat, seterusnya taburkan sayur campur sejuk beku dan hiaskan atasnya dengan picitan sos cili dan mayonis.

Bakar kesemua roti dalam ketuhatar dengan kepanasan 180 darjah celcius sehingga roti berwarna coklat.



Sedia untuk dihidang

Sunday, October 10, 2010

KARIPAP CINTA

(Untuk 30-35 biji karipap)



BAHAN-BAHANNYA:
250-300 gram tepung 


 2-3 sudu marjerin


 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih
(dipotong dadu)



 2 biji kentang
(dipotong dadu)


 1 tin kecil sardin



 1/2 bungkus serbuk kari
(dibancuh dengan sedikit air)


 Setangkai daun sup



CARA MEMBUAT KULIT:
 Cairkan marjerin di atas api yang sederhana. Setelah cair, curahkan ke atas tepung dalam keadaan yang masih panas dan gaul sebati. Kemudian masukkan sedikit air suam dan uli tepung sehingga menjadi doh.



 Bulatkan doh seperti di atas, anggaran sebiji karipap untuk seketul doh. Perap selama 3-4 jam dalam keadaan bertutup.


CARA MEMBUAT INTI:
Hancurkan sardin


 Panaskan marjerin di dalam kuali



 Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau



 Seterusnya masukkan rempah


 Tumis rempah sehingga betul-betul masak kemudian masukkan sardin



 Seterusnya masukkan kentang dan air untuk empukkan kentang


 Setelah kentang empuk, masukkan daun sup. Kacau dan biarkan sehingga kering



 Setelah kering, angkat dan sejukkan



 Canai doh yang telah dibulat-bulatkan tadi. Isikan inti kentang dan kelim seperti di atas



 Panaskan minyak, kemudian goreng karipap yang telah siap. Pastikan minyak tidak terlalu panas agar struktur karipap kelihatan lebih cantik


Sedia untuk dihidang