Thursday, October 14, 2010

ROTI COMEL

(Untuk 15 ketul roti)


BAHAN-BAHANNYA:
 500 gram tepung Superfine


1 sudu teh serbuk penaik



1 sudu teh bread improver 


 3/4 cawan gula kastor


 1 bungkus yis kering



2 sudu marjerin


 2 sudu shortening


 2 sudu susu pekat manis


 1 biji telur


 Sedikit air ais




CARA-CARANYA:
 Satukan kesemua bahan dan ramas perlahan



 Adunan tadi akan menjadi seperti di atas. Seterusnya masukkan air ais sedikit demi sehingga boleh diuli.




Uli adunan hingga menjadi doh kemudian biarkan selama 1 jam. Biarkan doh menjadi kembang 2 kali ganda.



 BAHAN-BAHAN UNTUK INTI ROTI:
10 tangkai cili kering 



1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih
(dipotong dadu)



1 tin kecil sardin



2 biji ubi kentang 
(dipotong dadu) 



Sedikit sayur campur dingin beku 


Sedikit sosej



CARA-CARANYA: 
Hancurkan sardin



Kisar halus cili kering



Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau 



Seterusnya masukkan cili kisar dan masak hingga timbul minyak, kemudia masukkan sardin




Seterusnya masukkan kentang serta ditambah sedikit air untuk bagi kentang empuk 



Sejukkan inti


Untuk roti sardin:
Canaikan doh dan masukkan inti sardin seperti membuat pau.

Untuk inti sosej:
Canaikan doh dengan saiz segi empat memanjang. Letakkan sosej di tengah-tengah dan gulung.

Untuk mini pizza:
Canaikan doh secara membulat, sapukan sos cili dan mayonis di atas doh yang telah dicanai. Taburkan sosej yang dipotong bulat, seterusnya taburkan sayur campur sejuk beku dan hiaskan atasnya dengan picitan sos cili dan mayonis.

Bakar kesemua roti dalam ketuhatar dengan kepanasan 180 darjah celcius sehingga roti berwarna coklat.



Sedia untuk dihidang

1 comment: