Tuesday, February 2, 2010

IKAN NYOK NYOK GORENG SAMBAL

(Untuk hidangan 2-3 orang)
Bahan-Bahannya:
2-3 ulas bawang merah yang agak besar, 2 ulas bawang putih
(Bawang merah lebih sikit pun tak apa, lagi sedap)
15-20 tangkai cili kering (kisar halus bersama bawang merah dan bawang putih)
3-4 ketul ikan Nyok Nyok yang digaul garam dan kunyit (Ikan jenis lain pun boleh)
Ikan digoreng garing
Panaskan minyak dan masukkan cili yang dikisar bersama bawang
(lebihkan minyak supaya sambal masak dengan elok)
Apabila minyak timbul dan warna sambal jadi merah pekat, menandakan sambal sudah masak. Minyak yang berlebihan bolehlah dibuang.
Akhir sekali masukkan garam dan juga ikan yang telah digoreng tadi. Kacau rata, biar 1-2 minit kemudian angkat.
Sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment