Friday, April 23, 2010

LAKSA AZURA STYLE

(Untuk hidangan 4-5 orang)

Bahan-Bahannya:

15 ekor ikan kembung

(Memilih ikan yang betul adalah sangat penting bagi memastikan kuah laksa menjadi sedap. Pilihlah ikan yang segar, terus dimasak selepas dibeli, jangan masuk peti ais. Pastikan ikan kembung mempunyai sisik kekuningan, leper dan bersaiz kecil utk menjadikan kuah laksa lebih lemak dan enak)

15-20 tangkai cili kering
(pilih cili kering yang kerinting, jangan yang licin sebab yang licin tu sgt2 pedas dan boleh menyebabkan sakit perut) 2-3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih
1 1/2 inci belacan
* Cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan hendaklah dikisar halus*
2 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
(Lebih banyak lagi bagus sebab kalau sikit, rasanya akan menjadi kurang kaw!)
10 keping asam keping
(Bergantung kepada kemasaman yang anda inginkan)
Cara-Caranya:
Rebus ikan di atas api yang sederhana. Setelah ikan masak, angkat dan asingkan tulangnya. Seterusnya kisar halus isi ikan. Tulang ikan tadi jangan dibuang. Kisar halus, tapiskan dan ambil airnya. Campurkan kesemua bahan iaitu bahan kisar, isi ikan, air tulang ikan, daun kesum, bunga kantan dan asam keping ke dalam periuk dan masaklah kuah laksa hingga masak dan agak pekat, perasakan.
Cara Penyediaan:
Masukkan laksa yang telah dicelur ke dlm pinggan. Masukkan timun yang dihiris memanjang dan bawang besar yang dihiris nipis beserta telur rebus
Tuangkan kuah laksa yang masih panas Akhir sekali, letakkan sambal sotong.
Laksa sedia dinikmati!

No comments:

Post a Comment