Saturday, April 24, 2010

AIR BANDUNG KAKCIK

(Untuk hidangan 1 jug)
Bahan-Bahannya:
1 sudu makan sirap ros
1/2 tin susu pekat manis
1 gelas air krim soda
1 gelas santan kelapa
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan bersama 3 gelas air kosong dan tambahkan sedikit gula sekiranya kurang manis.
Masukkan ais dan sedia untuk dinikmati.

SAMBAL SOTONG MANIS MANJA

(Untuk hidangan 3-4 orang)
Bahan-Bahannya:
20 tangkai cili kering

2 ulas bawang besar dan 2 ulas bawang putih

*Kisar halus kesemua bahan di atas. Petua untuk bagi cili benar-benar halus termasuk bijinya, kisar bersama sedikit minyak masak*

1/2 kilogram sotong bersaiz kecil

Cara-Caranya:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.

Setelah sambal agak kering, masukkan sotong. Masukkan garam, perisa dan juga gula. Masak sehingga air sotong kering.

Sedia untuk dihidang

Friday, April 23, 2010

LAKSA AZURA STYLE

(Untuk hidangan 4-5 orang)

Bahan-Bahannya:

15 ekor ikan kembung

(Memilih ikan yang betul adalah sangat penting bagi memastikan kuah laksa menjadi sedap. Pilihlah ikan yang segar, terus dimasak selepas dibeli, jangan masuk peti ais. Pastikan ikan kembung mempunyai sisik kekuningan, leper dan bersaiz kecil utk menjadikan kuah laksa lebih lemak dan enak)

15-20 tangkai cili kering
(pilih cili kering yang kerinting, jangan yang licin sebab yang licin tu sgt2 pedas dan boleh menyebabkan sakit perut) 2-3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih
1 1/2 inci belacan
* Cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan hendaklah dikisar halus*
2 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
(Lebih banyak lagi bagus sebab kalau sikit, rasanya akan menjadi kurang kaw!)
10 keping asam keping
(Bergantung kepada kemasaman yang anda inginkan)
Cara-Caranya:
Rebus ikan di atas api yang sederhana. Setelah ikan masak, angkat dan asingkan tulangnya. Seterusnya kisar halus isi ikan. Tulang ikan tadi jangan dibuang. Kisar halus, tapiskan dan ambil airnya. Campurkan kesemua bahan iaitu bahan kisar, isi ikan, air tulang ikan, daun kesum, bunga kantan dan asam keping ke dalam periuk dan masaklah kuah laksa hingga masak dan agak pekat, perasakan.
Cara Penyediaan:
Masukkan laksa yang telah dicelur ke dlm pinggan. Masukkan timun yang dihiris memanjang dan bawang besar yang dihiris nipis beserta telur rebus
Tuangkan kuah laksa yang masih panas Akhir sekali, letakkan sambal sotong.
Laksa sedia dinikmati!

Saturday, April 17, 2010

SOTONG BLACK PEPPER

(Untuk hidangan 4 orang)

Bahan-Bahannya:

1 kg sotong (bersaiz kecil)

Setelah dibersihkan, rebus sotong tanpa air utk kurangkan air yg sedia ada dlm badan sotong.

2 sudu makan lada hitam, 1 inci halia

(Lada Hitam ditumbuk kasar, halia ditumbuk halus)

1 ulas bawang besar (potong bulat), 2 ulas bawang putih (dimayang) & sebiji cili merah (dibelah tak putus)
Cara-Caranya:

Tumis lada hitam dan halia yang telah ditumbuk beserta bawang besar, bawang putih dan cili merah

Setelah bawang layu, masukkan kicap manis dan bahan perasa (jika mahu) dan masukkan sedikit air asam jawa.
Selepas itu masukkan sotong yang telah direbus tadi. Kacau dan setelah agak kering, bolehlah angkat.
Sedia untuk dihidang.

TEMPE GORENG BERSANTAN

(Untuk hidangan 4 orang)

Bahan-Bahannya:
2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih
(dimayang)

1 biji cili merah

1 cawan pati santan

1 paket tempe
(dipotong dadu dan digoreng)

1 keping tauhu

(dipotong dadu dan digoreng)
10 batang kacang buncis
(dipotong serong)
1 paket suhun
(digoreng)

10 ekor udang

(dibuang kulit)
Cara-Caranya:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah

Kemudian masukkan udang dan kacau
Seterusnya tuangkan pati santan, garam dan serbuk perisa
Seterusnya masukkan pula tempe, tauhu dan kacang buncis. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan suhun goreng, gaul rata dan terus angkat.
Sedia untuk dihidang

Tuesday, April 6, 2010

HATI AYAM GORENG KUNYIT

(Untuk hidangan 3 orang)

Bahan-Bahannya:

Sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili padi
(Kesemuanya dimayang)
300 Gram Hati Ayam
(Diperap selama 15 minit bersama tepung gandum dan asam jawa untuk hilangkan bau. Setelah dibersihkan, gaul bersama garam dan kunyit)

Cara-Caranya:Panaskan minyak dan masukkan hati ayam, goreng hingga kekuningan
Seterusnya masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Goreng seketika dan angkat.
Sedia untuk dihidang